Penyampaian sumbangan kepada penerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan

Pada 22 hingga 24 Disember 2020 pihak KEJORA telah menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Seramai 19 orang penerima telah diluluskan geran peruntukan berjumlah dari RM 5,000.00 hingga RM10,000 dari pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membolehkan mereka untuk menjalankan perniagaan.
Pihak KEJORA mengucapkan selamat maju jaya kepada penerima-penerima bantuan ini. Semoga bantuan yang diberikan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan keluarga mereka dan seterusnya mengurangkan beban di saat menghadapi cabaran covid-19 yang sedang melanda ini.