PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA KE PEJABAT DAERAH KOTA TINGGI
KOTA TINGGI, 6 Januari 2024 – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil dengan diiringi Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, Encik Fakharur Razziy bin Hazran telah menyerahkan 100 unit Kit Bantuan Bencana KEJORA kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi.
Penyerahan Kit Bantuan Banjir KEJORA kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi telah diserahkan kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi, Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd. Nasir di Dewan Serbaguna Kota Kecil, Kota Tinggi.
Turut hadir di dalam majlis penyerahan ini adalah Pengurus Kanan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pengerang, Yang Berbahagia Puan Hajah Zihan binti Ismail serta Penolong Pengurus Kanan KEJORA, Encik Noorsaifulizuan bin Nordin.
KEJORA mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Misi Penyerahan Kit Bantuan Bencana KEJORA ini. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir pada kali ini.
Juga didoakan agar semua urusan mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir pada kali ini dipermudahkan oleh-Nya.