PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA KE PEJABAT DAERAH KLUANG

KAHANG, 5 Januari 2024 – KEJORA yang diwakili oleh Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, serta diiringi Penolong Pengurus Kanan, Encik Noorsaifulizuan bin Nordin, telah menyerahkan 100 unit Kit Bantuan Bencana KEJORA kepada Pejabat Daerah Kluang.
Penyerahan Kit Bantuan Banjir KEJORA kepada Pejabat Daerah Kluang telah diserahkan kepada Pegawai Zon Mukim Kahang, Tuan Rusydi bin Zainal Abidin serta Penghulu Mukim Kahang, Encik Ibnu Hazim bin Md. Ibnuhajar yang mewakili Pejabat Daerah Kluang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kahang, Kluang.
KEJORA mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Misi Penyerahan Kit Bantuan Bencana KEJORA ini. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir pada kali ini.
Juga didoakan agar semua urusan mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir pada kali ini dipermudahkan oleh-Nya.