PENGURUS BESAR KEJORA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB TIMBALAN MENTERI KKDW

PUTRAJAYA, 5 Januari 2024 – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang.
Pertemuan selama hampir 1 jam itu berlangsung di Pejabat YBTM, KKDW, di sini.
Turut bersama dalam kunjungan hormat itu adalah, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Daud bin Abd. Rahman, Pengurus Kanan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan serta Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Hj. Shari.
Menyifatkan pertemuan itu sebagai sesi perkenalan awal dan mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin antara KEJORA dan KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj Wang seterusnya mengalu-alukan Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil atas perlantikan sebagai Pengurus Besar KEJORA.
Pertemuan ini juga memberi tumpuan dalam beberapa kejayaan dan projek yang boleh dijadikan contoh oleh LKW yanglain seperti projek perumahan dan pelancongan. Selain itu juga, turut dibincangkan juga adalah potensi pembangunan pertanian kelapa yang telah dicadangkan sebelum ini.
Terdahulu, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil serta Pengurusan Kanan telah menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Dewan Seri Lestari KKDW.