PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN
PUTRAJAYA, 3 Januari 2024 – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menerima watikah pelantikan sebagai Pengurus Besar KEJORA dari Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Sesi simbolik penyerahan ini telah berlangsung sebelum Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW Bil. 1 Tahun 2024.
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil adalah merupakan Pengurus Besar KEJORA yang ke-10 dan dilantik pada 1 Januari 2024 yang lalu. Sebagai rekod, Yang Berhormat Datin Paduka Pengurus Besar KEJORA adalah Pengurus Besar Wanita Pertama di KEJORA.
Beliau sebelum ini adalah merupakan Pegawai Daerah Kota Tinggi sebelum dilantik ke posisi tertinggi Pengurusan KEJORA.
Semoga Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil diberikan keberkatan dan kemudahan dalam memimpin KEJORA ke arah Agensi Pembangunan Wilayah yang lebih unggul serta berkarisma sesuai dengan moto 50 tahun KEJORA iaitu Peneraju Teras Kemakmuran.
Tahniah dan Selamat Bertugas Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA.