PENGURUS BESAR KEJORA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KSU KKDW

PUTRAJAYA, 3 Januari 2024 – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun.
Pertemuan selama hampir 1 jam itu berlangsung di Pejabat KSU, KKDW, di sini.
Turut bersama dalam kunjungan hormat itu adalah, Pengurus Kanan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKDW, Puan Norazah binti Abdul Shukor dan Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan.
Menyifatkan pertemuan itu sebagai mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin antara KEJORA dan KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan seterusnya mengalu-alukan Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil atas perlantikan sebagai Pengurus Besar KEJORA yang kesepuluh.
Pertemuan ini juga memberi tumpuan dalam menitikberatkan sistem tadbir urus dan tata kelola yang terbaik untuk KEJORA. Juga turut disentuh adalah berkaitan hala tuju KEJORA serta perkembangan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) yang lain.