PENYERAHAN SATU (1) UNIT LORI 3 TAN KEPADA KOPERASI PESERTA RANCANGAN ORANG ASLI FELCRA TANAH ABANG BERHAD BAGI PROGRAM DESA LESTARI , KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW)
13 Disember 2022 – Pihak KEJORA telah menyerahkan satu (1) unit lori 3 tan kepada Koperasi Peserta Rancangan Orang Asli Felcra Tanah Abang Berhad, Mersing bagi kegunaan aktiviti sewaan dan perkhidmatan pengangkutan kelapa sawit.
Secara keseluruhan, pihak koperasi telah menerima peruntukan Program Desa Lestari yang terdiri daripada satu (1) unit lori 3 tan, dua (2) unit jentera New Holland dan membina stor dan tempat letak kenderaan berbumbung termasuk kos operasi.
Penyerahan lori ini disampaikan oleh YBhg Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA kepada En. Jati bin Awang, Pengerusi Koperasi. Turut hadir adalah En. Azman bin Awang, Ketua Kampung Orang Asli Felcra Tanah Abang dan En. CK Pang, wakil pembekal lori serta En. Faizzi bin Sulaiman, Pegawai JAKOA Daerah Mersing.