PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB) BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022

31 JULAI 2022 I AHAD I 1.00 PETANG
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi bulan Julai tahun 2022 di Dewan KEJORA Bandar Penawar. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Haji Abd. Rahman Bin Hj Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Tuan Mas Rizal Bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBrs. En. Mohd Kamal Bin Husin, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Ketua-Ketua Agensi KPLB, SUB KPLB, Ketua Agensi KPLB Negeri Johor, Pengarah-Pengarah PKN Negeri, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Di dalam ucapan YB Dato’ Seri Menteri KPLB, beliau menyeru kepada semua Warga KPLB agar dapat mengekalkan momentum kejayaan dan ditambahbik dengan penuh bersemangat & komited bagi membantu membangunkan luar bandar sesuai dengan tagline KPLB iaitu Luar Bandar Sejahtera. Cabaran pasti hadir dalam pelbagai bentuk. Saya percaya KPLB mampu mengatasi segalanya. Mungkin, dengan idea kita kecil tapi ianya boleh memberikan impak yang besar kepada golongan sasar.
Dalam pada itu, telah berlangsung pelancaran sistem ePRO version 3.0 (Sistem Perolehan Atas Talian KEJORA/ Electronic PROcument Ready Online) yang dilancarkan oleh YB Dato’Seri Menteri KPLB dan sistem ini akan mula digunakan pada 1 Ogos 2022. Disamping itu juga, telah dilancarkan karnival sukan antara sektor KPLB tahun 2022 dengan 4 kumpulan utama telah dipecahkan mengikut tema dan nama kumpulan seperti Megat Panji Alam, Mat Kilau, Rentap dan Tok Janggut.