Program Back To School Wilayah KEJORA Tahun 2021

Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, semurni jiwa,dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, lantas telah dihimpunkan kita semua bagi menjayakan kemurnian Program Back To School Wilayah KEJORA Tahun 2021 yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penawar YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Turut serta Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh; Pengurus Besar KEJORA, YBrs. Tuan Haji A. Jalil bin Md.Arsad; ADUN Tanjung Surat, YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed Abdul Rahman; ADUN Johor Lama, YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari; ADUN Machap, YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar; Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pegawai pendidikan daerah Kota Tinggi.

Setiap penerima akan mendapat baucar Program Back To School Wilayah KEJORA bernilai RM200 seorang yang boleh ditebus dengan kelengkapan dan keperluan pelajar sekolah di mana-mana Pasaraya Borong SAKAN di seluruh Malaysia. Kriteria pemilihan penerima bantuan adalah merupakan pelajar tahun semasa (Tahun 2021) yang masih bersekolah di peringkat Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan merupakan Ahli Isi Rumah yang berada di Wilayah KEJORA.

Penerima merupakan pelajar-pelajar daripada kategori keluarga miskin tegar dan miskin yang disahkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Kulai dan Kluang.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran