Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Eksport

Ketika dunia sedang dilanda Pandemik Covid-19, KEJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan terus komited dalam membantu usahawan yang terjejas. Kursus Usahawan Berstruktur ini bermaksud seramai 20 orang peserta dari kalangan usahawan baru di wilayah KEJORA yang dibimbing, diberi latihan dan sokongan melalui 5 siri kursus. Justeru itu, pada 27 Ogos 2020 (Khamis) telah diadakan Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Eksport yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Kursus ini diadakan pada 27 sehingga 29 Ogos 2020 bertujuan menekankan mengenai pengurusan eksport produk IKS bagi membuka minda dan memberi peluang mengenai peluang usahawan bagi memasarkan produk ke peringkat antarabangsa. Syabas dan tahniah kepada para peserta.