PROGRAM TRANSFORMASI MINDA KEJORA TAHUN 2022
Seramai 22 orang anggota KEJORA telah mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) yang telah diadakan pada 21 hingga 25 Ogos 2022 bertempat di Hotel Desaru Penawar.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Mara Excellent Ventures Sdn. Bhd. yang melibatkan penceramah-penceramah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor (CGSO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, dan Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Selatan. Pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam selain daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) bagi penganugerahan sijil penyertaan kepada semua anggota KEJORA yang telah hadir dengan jayanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang.