PROGRAM YOUNGTUBER@KEJORA TAHUN 2022

KEJORA telah mengadakan Program Youngtuber @ KEJORA Tahun 2022 bermula pada 16 hingga 18 Disember 2022 bertempat di Hotel Millesime Nusajaya dengan kerjasama bersama Influencer Encik Farhaan bin Rahmat. Program ini dihadiri seramai 36 orang belia di sekitar Wilayah KEJORA.
Kesemua peserta telah diberikan tunjuk ajar berkaitan kaedah menghasilkan video dan skrip yang bersesuaian dalam menghasilkan video dan mesej yang menarik serta bermanfaat kepada orang ramai.
Selain itu, peserta juga diberikan panduan terhadap aplikasi atau software yang bersesuaian agar mutu penghasilan video tidak terjejas beserta audio yang jelas dan tepat.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi oleh semua peserta dapat diadaptasi dengan baik dalam usaha KEJORA memastikan kemenjadian belia di dalam Wilayah KEJORA disamping mewujudkan influencer terbaik Wilayah KEJORA.