SAMBUTAN MAULIDUR RASUL WILAYAH KEJORA TAHUN 1444H/2022M

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KEJORA Tahun 1444H/2022M telah berlangsung pada hari ini, 1 Disember 2022 bertempat di Masjid As-Syifa’, Bandar Penawar, Johor.
Pada tahun ini, KEJORA telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Masjid Al-Syifa’ Bandar Penawar untuk melaksanakan beberapa acara iaitu Perarakan Sambutan Maulidur Rasul, Program Rohani Kesenian Islam Wilayah KEJORA, Ceramah Maulidur Rasul serta Selawat dan Marhaban.
Pertandingan Azan dan Tarhim, Pertandingan Nasyid serta Pertandingan Syarahan telah diadakan pada 30 November 2022. Manakala Pertandingan Perarakan dan Sepanduk pula dilaksanakan pada 1 Disember 2022. Selain itu, turut diadakan ceramah bertajuk “Mencintai Nabi” yang telah disampaikan oleh Kadi Daerah Kota Tinggi, As-Sheikh Haji Zaini bin Mohd Salleh.
Turut hadir pada sambutan kali ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, En. Daud bin Abd. Rahman, Setiausaha Majlis Perbandaran Pengerang, Tn. Hj. Musalman bin Salehan, Imam Masjid As-Syifa’, Anggota KEJORA, Penduduk Wilayah KEJORA, Kejora Development Holding (KDH), Institusi Pendidikan Wilayah KEJORA, Pelajar-pelajar sekolah dan ramai lagi.
Tahniah KEJORA ucapkan kepada semua pemenang.
Rasulullah bersabda:-
“Tidaklah beriman seseorang diantara kalian hingga aku lebih dicintainya melebihi kecintaannya kepada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia” – (HR Al-Bukhari No. 15 dan Muslim No. 44)