SESI SARINGAN KESIHATAN KENDIRI KEJORA
Bandar Penawar, 21 Mei – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Saringan Kesihatan Kendiri kepada semua anggotanya bertempat di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah bersama-sama dengan anggota KEJORA untuk menjalani saringan kesihatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi. Tujuan utama saringan ini adalah untuk pengemaskinian maklumat kesihatan di dalam sistem HRMIS.
KEJORA mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi atas perkhidmatan yang diberikan.
Amalkan Cara Hidup Sihat. Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan, makan secara sihat, tidak merokok, lakukan aktiviti fizikal dan belajar menangani stres.