SUMBANGAN PASCA BANJIR WILAYAH KEJORA 2022

15 Mac 2022 – Selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, agar tindakan-tindakan yang diambil di peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana dapat dilaksanakan dengan cekap, terancang dan berkesan, Bantuan Pasca Banjir hendaklah diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas.
Justeru, seramai 53 orang penduduk Kampung Contoh Kahang, Layang-Layang, Kluang telah menerima Sumbangan Pasca Banjir Wilayah KEJORA yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku pada Disember 2021 dan Januari 2022 yang lalu.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA diiringi Puan Rosnita binti Muhamad, Ketua Unit Teknikal KEJORA dan Encik Baharuddin bin Aman, Ketua Kampung Contoh Kahang.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan keceriaan serta meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat bencana banjir tersebut.