ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰π€π‘πˆππ†π€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŠπ„π‰πŽπ‘π€ (𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀) 𝐃𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍

Program Jaringan Usahawan KEJORA (JUARA) Siri 3/2024 serta Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan telah diadakan pada 19 Jun 2024 (Rabu) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA. Progam JUARA merupakan satu inisiatif untuk pendaftaran usahawan baharu, membimbing dan memberi pendedahan kepada para usahawan secara _one-on-one_ bagi mengembangkan perniagaan, mengenal pasti masalah, isu serta cadangan penyelesaian.
Selain itu, memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, hebahan berkaitan geran bantuan Kerajaan, pembiayaan serta akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan kelestarian perniagaan.
Turut diadakan pada hari ini juga adalah Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan. Program pada hari ini juga mendapat penyertaan dari beberapa agensi seperti TEKUN Nasional, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan ICYM TVET Centre.
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan KEJORA.