17 USAHAWAN KEJORA TERIMA BANTUAN STAg & PSR@KKDW

BANDAR PENAWAR, 29 Disember – Seramai 17 usahawan muda bimbingan KEJORA telah menerima bantuan peralatan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan KEJORA.
Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil. Penerima bantuan ini terdiri dari 7 penerima Bantuan Program Skim Tunas Agro (STAg) dan 10 penerima Bantuan Program Start Right (PSR@KKDW). Kesemua penerima ini telah diperakui sebagai usahawan muda dikalangan belia Wilayah Johor Tenggara.
KEJORA berharap bantuan yang diberikan dapat membantu membina komuniti yang berdikari, menyokong pembangunan ekonomi setempat, serta menarik minat golongan muda untuk menceburi sektor pertanian dan keusahawanan agar menjadi lebih dinamik dan inovatif, seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi Wilayah Johor Tenggara.
“Pertanian adalah jantung kepada kehidupan dan usahawan adalah nadi yang menghidupkannya” – KEJORA 2024