KEJORA JUARA RERURAI GERAI TERBAIK FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA 2024
MELAKA, 29 Disember – Gerai milik Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dinobatkan sebagai Gerai Terbaik sempena Festival Masakan Warisan Melaka 2024.
Reruai Gerai Masakan Warisan, Muzium Nelayan Tanjung Balau berkonsepkan Klasik Tradisional telah berjaya memikat hati para juri dengan pelbagai masakan serta pelbagai acara tarikan pengunjung. Program Singgah Ler!! Festival Masakan Warisan Melaka 2024 berlangsung dari 28 hingga 29 Disember 2024 di Bandar Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Penyertaan Muzium Nelayan Tanjung Balau ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan kawasan pelancongan dan produk pelancongan luar bandar yang menarik di dalam wilayah KEJORA serta salah satu inisiatif untuk memperkenalkan Negeri Johor sempena Tahun Melawat Johor 2026.
KEJORA mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan pembikinan rerurai yang sangat kreatif dan berinovasi.