Entries by

PENGUKUHAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT KEJORA (ISMS)- ISO/IEC 27001:2022 TAHUN 2025

Pengukuhan kepada keselamatan maklumat KEJORA diteruskan dengan pelaksanaan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 KEJORA oleh SIRIM QAS Internasional Sdn. Bhd. dilaksanakan bermula 28 hingga 29 Julai 2025. Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit Pemantuan ISMS telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir selaku Ketua Pegawai Digital (CDO) KEJORA. […]

MAJLIS PERHIMPUNAN KEJORA BULAN JULAI 2025 : FOKUS, BIJAK DAN SEGERA

Majlis Perhimpunan bulanan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bagi Julai 2025 telah berlangsung di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Majlis ini diserikan dengan amanat penuh inspirasi daripada Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, yang menekankan pentingnya merancang dan melaksanakan program-program yang bukan sahaja berfokus dan berimpak tinggi, tetapi benar-benar memberi manfaat […]

MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU RAIH NAIB JOHAN RERUAI KREATIF DI FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KEDAH

Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dinobatkan Naib Johan Kategori Reruai Kreatif sempena Festival Hari Muzium Anarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Kedah. Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Reruai Muzium Nelayan telah tampil dengan konsep ‘Bahtera Nelayan’ yang menggabungkan teknologi Realiti Maya (VR) dan Tayangan […]

PERSIAPAN RERUAI KEJORA DI KARNIVAL MEGA 3 DIMENSI 2025 (MK3D2025)

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, telah meluangkan masa turun padang meninjau persiapan akhir reruai KEJORA sempena penyertaan dalam Karnival Mega 3 Dimensi 2025. Seramai 30 usahawan desa bimbingan KEJORA bakal menyertai karnival ini, membawakan pelbagai produk tempatan yang unik, kreatif dan berkualiti tinggi seperti makanan dan minuman dan kraftangan. […]

LENSA SEKITAR PAMERAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU SEMPENA HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KEDAH

Lensa sekitar pameran Muzium Nelayan Tanjung Balau, Johor dan aktiviti sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 Kedah. Kini menghampiri penghujung! Jom hadir beramai-ramai! Muzium Padi, Alor Setar, Kedah Darul Aman 23-29 Julai 2025 10.00 pagi – 10.00 malam #KKDW #KEJORA #MalaysiaMadani #luarbandarsejahtera #PenerajuTerasKemakmuran

SESI CABUTAN UNDI TAWARAN KERJA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS)

Sesi undian bagi kerja-kerja membaikpulih dan bina baru rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Sebanyak 6 kerja undi bagi daerah Kota Tinggi dengan nilai keseluruhan berjumlah RM792,000.00 manakala 1 kerja undi bagi daerah Kluang bernilai RM158,000.00 telah dilaksanakan. Untuk […]

LENSA HARI KE-2 MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU DI HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KEDAH

Sekitar lensa hari kedua pameran Bahtera Nelayan di Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 di Muzium Padi, Alor Setar, Kedah. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi singgah ke produk ikonik Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Mari kita selami keunikan Nelayan dan Misteri Samudera Tanjung Balau Johor di sini. Muzium Padi, Alor Setar, Kedah Darul […]

PROGRAM JELAJAH JUARA 2025: USAHAWAN DESA MENEMBUSI PASARAN GLOBAL

KEJORA terus memperkasa usahawan luar bandar menerusi Program Jaringan Usahawan Wilayah KEJORA (JUARA) 2025 — sebuah inisiatif yang membuka laluan kepada usahawan Wilayah KEJORA memperluaskan pasaran dari Desa ke pentas Global. Program JUARA 2025 adalah medan bagi usahawan membina jaringan hubungan strategik bersama agensi-agensi seperti PUJB, TEKUN, MARA, MAINJ, LHDN dan BSN. KEJORA bertindak sebagai […]

MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU DI PENTAS HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KEDAH

Muzium Nelayan Tanjung Balau, Johor melangkah lebih jauh apabila turut serta dalam Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung meriah di Muzium Padi, Kedah. Dengan tema “Masa Depan Muzium Dalam Komuniti yang Berubah Pantas” , penyertaan ini menjadi platform terbaik mengetengahkan sejarah , budaya dan kisah kehidupan pesisir laut komuniti Tanjung Balau sejak […]