PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA

KOTA TINGGI, 26 September – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyerahkan kit bantuan bencana kepada mangsa ribut Wilayah Johor Tenggara pada 25 dan 26 September 2024.
YBrs. Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia mewakili Pengurusan KEJORA telah menyerahkan kit bantuan bencana kepada 32 Ketua Isi Rumah/wakil mangsa yang terlibat sepertimana berikut:-
Daerah Kota Tinggi
1. 18 buah rumah di Kampung Mawai Baru;
2. 1 buah rumah di Kampung Temenin;
3. 3 buah rumah di Kampung Semanggar Dalam; dan
4. 1 buah rumah di Kampung Rantau Panjang.
Daerah Kluang
1. 7 buah rumah Kampung Paya, Layang-Layang; dan
2. 2 buah rumah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa bencana alam ini.
KEJORA mendoakan agar semua urusan mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah pada kali ini dipermudahkan oleh-Nya.

ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπŠ 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 @ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ πŸπŸŽπŸπŸ’

KLUANG, 21 September – Telah berlangsung “Patriotik Fun Run @ KEJORA 2024” yang diadakan di Kampung Tengah, Kluang, Johor.
Sebagai rekod, seramai hampir 400 orang peserta yang menyertai larian riadah pada awal pagi ini.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Hj. Abd. Halim bin Hj Suleiman, Timbalan Pengerusi, Lembaga Pengarah KEJORA. Pelbagai acara sampingan turut diadakan seperti mewarna kanak-kanak, pertandingan rebut kerusi dan bola beracun.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian.
Terima kasih dari KEJORA atas sokongan dan kehadiran anda dalam menjayakan Patriotik Fun Run @ KEJORA 2024.
#PenerajuTerasKemakmuran

MALAM KLUANG BERSELAWAT

KLUANG, 19 September 2024 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama KEMAS Johor telah mengadakan Malam Kluang Berselawat sempena Bulan Maulidur Rasul di Masjid Kampung Tengah di sini.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah hadir untuk mengimarahkan Program Malam Kluang Berselawat yang dipimpin oleh Kumpulan Qasidah Ar-Rayyan serta penampilan khas saudara Azwan dari kumpulan Nasyid Fareast. Penganjuran Malam Kluang Berselawat ini adalah untuk mengingati junjungan besar Nabi Muhammad s.w.t serta membentuk keperibadian mulia serta merapatkan ukhwah dengan penduduk kampung.
Program yang berjaya mengumpulkan hampir 2000 orang ini juga telah dipancarkan secara langsung melalui FB Live untuk membolehkan orang ramai turut serta berselawat secara Maya walau pun berada di luar Daerah Kluang
YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YBhg. Tn Hj Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang turut bersama sama turun berselawat dengan penduduk setempat.
Turut hadir juga adalah YB Senator Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Suleiman, Timbalan Pengerusi KEJORA, Ahli-ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBrs. Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Nurul Aishah binti Mohammadon, Pengurus Kanan, Pemegang Taruh dan Projek Khas, Pengurusan KEJORA serta anggota-anggota KEJORA.
Antara tanda kita kasihkan Nabi Muhammad saw adalah dengan memperbanyakkan menyebut dan berselawat kepada Baginda
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ΩŠ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ و Ω…ΩˆΩ„Ψ§Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

π’π„π’πˆ πƒπˆπ€π‹πŽπ† 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ (πŠπŠπƒπ–) ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππˆπ‡π€πŠ ππ„π‘πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan Sesi Dialog Belanjawan 2025 bersama pihak berkepentingan pada 6 September 2025. Sesi ini telah dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, wakil industri, NGO dan ahli akademik yang berkongsi pandangan bernas dalam usaha memantapkan persiapan Belanjawan 2025 secara fizikal dan atas talian.
YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah menekankan pentingnya kerjasama antara semua pihak termasuk pihak berkepentingan dalam memastikan belanjawan 2025 yang lebih bersifat inklusif.
KEJORA telahmenjemput lebih dari 50 peserta di dalam sesi ini. Dialog yang berlangsung secara interaktif selama lebih tiga jam ini telah memberikan input yang konstruktif serta berguna terutama perkara-perkara asas seperti pembinaan hospital di Bandar Penawar serta jaringan perhubungan yang baik antara bandar dan desa. Perbincangan juga melibatkan isu-isu yang memberi impak kepada pembangunan Johor Tenggara.
Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha Kerajaan MADANI menyediakan Belanjawan 2025 yang lebih efektif serta bersasar.

𝐌𝐚π₯𝐚𝐦 πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞π₯𝐚𝐰𝐚𝐭 π’πžπ¦π©πžπ§πš πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐀𝐚 π…πžπ¬π­π’π―πšπ₯ πŸπŸŽπŸπŸ’

Malam KEJORA Berselawat menjadi acara penutup bagi Sambutan KEJORA Merdeka Festival di Pantai Tanjung Balau. Alunan nyanyian Qasidah ini telah diketuai oleh Kumpulan Ar-Rayyan.
Majlis pada malam ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Hajah Zihan Binti Ismail, YDP Majlis Perbandaran Pengerang, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Nurul Aishah Binti Mohamadon, Pengurus Kanan, Pemegang Taruh dan Projek Khas, Pengurusan KEJORA serta tetamu-tetamu jemputan.
Menariknya, Malam KEJORA Berselawat juga diadakan secara atas talian bersama Kampung-Kampung Wilayah KEJORA, Sekolah- Sekolah serta Seluruh penduduk Johor Tenggara dengan penyertaan seramai lebih dari 6000 umat Islam mengikuti acara kemuncak ini.
Semoga ianya menjadi asbab kepada ibadat kita kepadaNya.
#PenerajuTerasKemakmuran

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ• ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah turut menghantar Kontinjen bagi menyertai dan memeriahkan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Johor bertempat di Daratan Segamat, Segamat, Johor pada 31 Ogos 2024.
Kontinjen KEJORA yang diketuai oleh Encik Yusrihan bin Jusak telah melakukan lintas hormat di hadapan YAB Dato’ On. Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor serta dif-dif kehormat. Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA turut hadir bagi memberi semangat kepada kontinjen KEJORA.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta Kontinjen KEJORA.

#PenerajuTerasKemakmuran

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (πŒππ‰) πŠπ„π‰πŽπ‘π€ ππˆπ‹ 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KEJORA Bil. 2 Tahun 2024 telah dilaksanakan pada 29 Ogos 2024 (Khamis) bertempat di Thistle Port Dickson Resort, Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA dihadiri oleh Wakil Pegawai (Pengurusan KEJORA) serta Wakil Pekerja bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu yang dibawa oleh pihak pekerja.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Wakil Pekerja bagi sesi 2022-2024 yang berjaya mengakhiri keahliannya pada mesyuarat kali ini dan telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited dalam membawa buah fikiran pekerja-pekerja demi kepentingan dan kebaikan KEJORA.
Diharapkan Wakil Pekerja Baru yang akan dilantik terus menjalankan tanggungjawab dengan amanah, jujur dan komited dalam menghadiri mesyuarat serta menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan oleh pihak pekerja.

PERTANDINGAN HIASAN BANGUNAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 67, PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2024

Pertandingan Hiasan Bangunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67, peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2024 Anjuran Majlis Perbandaran Pengerang
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67, KEJORA tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan Hiasan Bangunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bagi Kategori Jabatan Kerajaan.
Sesi penjurian yang dibarisi oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi, JKR Kota Tinggi dan MPP telah diadakan pada 26 Ogos 2024.
KEJORA telah membangunkan sudut β€œJiwa Merdeka” bersempena tema Hari Kemerdekaan tahun 2024 iaitu β€œMalaysia Madani : Jiwa Merdeka” dengan memaparkan simbolik suasana keceriaan dan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan. Bendera-bendera Malaysia dan Negeri Johor telah dikibarkan dengan gahnya di sekeliling bangunan Ibu Pejabat KEJORA bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan.
KEJORA turut menggunakan bahan-bahan terpakai bagi mewujudkan arca atau simbolik kemerdekaan sebagai salah satu aspek yang dinilai dalam pertandingan tersebut.
Bagi memeriahkan suasana, barisan anggota KEJORA yang berpakaian tradisional berbilang kaum di Malaysia telah menyambut ketibaan panel juri yang sekaligus memaparkan Jiwa Merdeka yang menepati tema Hari Kebangsaan.

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH, LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) BIL 2 TAHUN 2024

Mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Bilangan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada 29 Ogos 2024.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA.
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Pengerusi menyatakan bahawa, di sebalik kepesatan perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), human touch masih relevan sebagai elemen penting dalam kejayaan sesuatu matlamat. Kakitangan KEJORA perlu mengamalkan pendekatan human touch yang berkesan dalam menyantuni masyarakat luar bandar Wilayah KEJORA.
Mesyuarat turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah yang terdiri; YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Ahli Dewan Negara Merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Merangkap ADUN Tanjung Surat, YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi, YBrs. Tuan Ahmad Bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian Prasarana, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, YBhg. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah Dan Galian Johor, YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang, YBhg. Tuan Haji Ahmad Nazir Bin Haji Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, YBhg. Datuk Haji Mohd. Lassim bin Burhan dan YBrs. Encik Murad bin Jailani.
Hadir sama adalah Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA serta barisan Pengurusan Kanan KEJORA.
Pihak KEJORA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KEJORA kerana kesudian melapangkan masa bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah pada sesi kali ini. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini akan terus terjalin demi kejayaan yang lebih unggul di masa hadapan.

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π”π’π€π‡π€π–π€ππ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 π‘πˆπ†π‡π“ (𝐏𝐒𝐑@πŠπŠπƒπ–) 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πƒπ„π’π€πŒπ€π‹π‹@πŠπ„π‰πŽπ‘π€

PUTRAJAYA – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Ekonomi & Usahawan telah mengadakan Kursus Keusahawanan Program Start Right (PSR@KKDW) yang dibimbing oleh Coach Bahar dan Program Pemasaran Digital Desamall@KEJORA bersama En Khaireel Azlee bin Abdul Aziz (Boss Kay) bermula 26 hingga 28 Ogos 2024 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Kursus yang dirasmikan oleh Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A.Roaf, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan mewakili Pengurus Besar KEJORA ini telah disertai seramai 35 orang usahawan Wilayah KEJORA serta diisi dengan pelbagai pengisian modul antaranya Pengurusan Asas Perniagaan, Pengurusan Kewangan, Asas Pemasaran dan Jualan, Teknik Pemasaran melalui aplikasi TikTok serta Pembangunan Produk. Dalam pada itu, sebanyak 25 pembungkusan produk baharu dan bahan promosi di bawah Program Transformasi Kualiti Produk (KEJORA Best) telah diserahkan kepada para usahawan dalam program ini.
Turut hadir di dalam majlis perasmian adalah YBrs. Puan Kartini binti Abu Kasim, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KKDW, Penceramah Dr Baharuddin bin Mohamed (Coach Bahar) & Perunding PTKP, En Yusman bin Hj Kasiron dari YUCO Creations.
Menjadi harapan KEJORA agar inisiatif serta ilmu yang dikongsikan oleh KEJORA serta perunding yang dilantik menjadi dorongan kepada semua usahawan dalam usaha menembusi pasaran tempatan serta luar negara selari dengan visi KEJORA to Global.
“BERNIAGALAH, kerana 9 dari 10 pintu REZEKI itu ada dalam Perniagaan’- HR AHMAD

#PenerajuTerasKemakmuran