KEJORA RANGKUL GELARAN NAIB JOHAN

img-20160928-wa0033

28 SEPTEMBER 2016, HOTEL BERJAYA WATERFRONT JOHOR BAHRU – KEJORA telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sektor Awam Peringkat Negeri Johor Kali Ke-29 Tahun 2016 yang berlangsung selama 1 hari. Menerusi konvensyen tersebut, KEJORA telah menghantar dua kumpulan KIK iaitu Inspirasi Digital mewakili kategori Pengurusan manakala 2nd Chance mewakili kategori Teknikal. Kedua-dua kumpulan telah memberi sepenuh komitmen dengan membuat persembahan projek yang terbaik semasa konvensyen berlangsung.

icon-mobasts

Kumpulan KIK Inspirasi Digital telah berjaya mendapat Naib Johan Kategori Pengurusan melalui penghasilan inovasi Mobile Assets Tracking System atau MOBASTS yang tercetus daripada masalah Pemeriksaan Aset Alih Bahagian Teknologi Maklumat Mengambil Masa Yang Panjang. Kumpulan telah membawa pulang hadiah wang bernilai RM6,000.00 berserta piala iringan. KEJORA akan terus berusaha menghasilkan lebih banyak inovasi yang mampu meningkatkan mutu kerja dan pekhidmatan pada masa akan datang.

MOH NGETEH HARI KEBANGSAAN KKLW SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-59

FB_IMG_1472435031760

29 OGOS 2016 – Program Moh Ngeteh anjuran KKLW yang telah berlangsung secara serentak di 9 tempat dari wilayah KEJORA.

Senarai Tempat-Tempat yang terlibat :-

1) Ibu Pejabat KEJORA
2) Muzium Nelayan Tanjung Balau
3) Jati Kampung Tanjung Belungkur
4) Dewan Bandaran Bandar Tenggara
5) Bandar Bandaran Taman Sri Lambak
6) Mini RTC Kampung Contoh, Kahang
7) Mini RTC Tanjung Sedili
8) Mini RTC Layang-Layang
9) Pusat Rekreasi Kampung Mawai Baru

14103049_1116342778420206_6335021457128430018_o14088428_1116343011753516_601432023465526559_n14100489_1267877279890222_7505910067893869176_n14102219_1375500505812950_5565165387366101863_n

RAI ANAK YATIM BANDAR PENAWAR

Kota Tinggi, 5 Julai 2016 – Seramai 150 anak yatim sekitar Bandar Penawar diraikan dalam majlis berbuka puasa di Dewan Bayu Balau Beach Resort (Chalet Nelayan), Desaru dekat sini.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian, 4 Julai 2016.

Sinar Harian-5 Julai 2016

MENTERI BESAR JOHOR RASMI MAJLIS PECAH TANAH RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Gambar MB

7 JUN 2016, BANDAR PENAWAR – Majlis Pecah Tanah Pembangunan Rumah Mampu Milik & Rumah Kedai Di Jalan Perumahan Timur Bandar Penawar, Mukim Tanjung Surat, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor.

Tahniah dan syabas diucapakan khususnya kepada pihak pemaju iaitu Mesra Indah Jaya dan pihak KEJORA serta orang ramai yang terlibat dalam Majlis Pecah Tanah ini.

PENAWAR PENGERANG RUN 2016 DAPAT SAMBUTAN

 

 

 

Kota Tinggi – Program larian Penawar Pengerang Run 2016 diadakan bersempena Ekspo Keusahawanan dan Karnival Modal InsanKEJORA atau dikenali XPURA MINDA 2016, mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai lebih 783 peserta di Bandar Penawar baru-baru ini.

ADUN Panti, Datuk Baderi Dasuki berkata, penglibatan peserta yang juga penduduk tempatan menunjukkan tanda sokongan padu pada program berkenaan.

Menurutnya, program bertujuan merancakkan pembangunan ekonomi sempena XPURA MINDA 2016 dan mempromosikan pelancongan sukan, selain mengamalkan budaya hidup sihat serta beri kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat.

“Program juga dilihat dapat melahirkan semangat setia kawan dan juga erat hubungan antara peserta dan masyarakat melalui larian, yang turut melibatkan masyarakat luar. Dengan adanya program ini, dapat menjadikan Bandar Penawar dan Pengerang sebagai pusat pelancongan sukan di selatan negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat pelepasan peserta larian Penawar Pengerang Run 2016.

Menerusi program diadakan itu, kategori dipertandingkan ialah lelaki dan wanita terbuka sejauh 10 kilometer, kategori veteran (7 kilometer) dan kategori membabitkan pelajar sekolah dengan jarak larian 5 kilometer.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar KEJORA, Hamzah Isa dan Pengurus Bahagian Pelancongan KEJORA, Abd Rahman Muri.

BAHAGIAN PENGURUSAN KEJORA MENANG PENALTI

KEJORA telah mengadakan perlawanan bola sepak di antara pasukan Bahagian Pengurusan KEJORA menentang pasukan Bahagian Pembangunan KEJORA pada 20 Mac 2016 yang lalu. Kedua-dua pasukan mempamerkan kesungguhan permainan bagi merebut gelaran Juara yang sebelum sentiasa diungguli oleh Bahagian Pembangunan KEJORA. Kedua-dua pasukan  terikat dengan mata 4 sama sehingga tamat perlawanan. Walau bagimanapun, pasukan Bahagian Pengurusan KEJORA telah berjaya memecahkan rekod tradisi dengan merangkul gelaran Juara menerusi tendangan penalti 3-2. Tahniah dan syabas diucapkan.

BOLA-1

38 TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015

Pada 23 hingga 25 Februari 2016 yang lalu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 bertempat di Bangunan MAEPS, Selangor Darul Ehsan. Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada warga KKLW yang menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2015. Selain itu, majlis ini turut disertai agensi-agensi di bawah KKLW termasuklah KEJORA.

Seramai 38 anggota KEJORA telah menerima anugerah menerusi majlis tersebut. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada yang berjaya.

gambar apc 2015

KEJORA TERIMA TARAF 5 BINTANG

Putrajaya : Sebanyak 10 agensi kerajaan yang mengamalkan tadbir urus keselamatan perlindungan terbaik menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2014, sekali gus berjaya memperolehi penarafan lima bintang atau Cemerlang.

Berita Lanjut

JADUAL TAWARAN TENDER 2015

NO. KONTRAK : LKJT/UT/BP/P/2015/K289 – Cadangan Menaiktaraf Jalan Dan Sistem Perparitan Di Sebahagian Kawasan Perumahan Fasa 2B, Taman Mutiara Desaru Di Bandar Penawar, Mukim Tanung Surat, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

MAJLIS SIRIM INDUSTRI 2015

sirim1

Majlis SIRIM-Industri 2015 telah diadakan di Sunway Resort Hotel and Spa pada 13 November 2015. Acara besar ini telah dianjurkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar KEJORA, Tuan Haji Samsuddin Hassan, Encik Wan Mohd Ashril Aizal bin Wan Abdullah, Pegawai-pegawai kanan serta pasukan pelaksana yang terlibat bagi meraikan kejayaan KEJORA melaksanakan Pensijilan Keselamatan Maklumat (ISMS) dengan skop pensijilan Pengurusan Perkhidmatan Perolehan di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)