IKLAN RUMAH UNTUK DIJUAL
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
RUMAH UNTUK DIJUAL.
LOKASI: BANDAR PENAWAR DAN KLUANG, JOHOR.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menawarkan 3 unit rumah untuk dijual iaitu :-
🏘 1 unit rumah banglo 2 tingkat di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor.
- 6 Bilik tidur.
- 7 Bilik air.
- Keluasan 17,394 SQ FT.
- 4 minit ke SKS Mall.
- 5 minit ke Pantai Desaru.
- 5 minit ke Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE).
- 10 minit ke Desaru Coast.
🏠1 unit rumah berkembar 1 tingkat di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor.
- 4 Bilik tidur.
- 2 Bilik air.
- Keluasan Lot 6000 SQ FT.
- Luas binaan 3200 SQ FT.
- 4 minit ke SKS Mall.
- 5 minit ke Pantai Desaru.
- 5 minit ke Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE).
- 10 minit ke Desaru Coast.
🏡1 unit banglo 1 tingkat (Lot tepi) di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor.
- 3 Bilik tidur.
- 2 Bilik air.
- Keluasan 6,351 SQ FT.
- Lot sudut.
- 1 minit ke SMK & SK Bandar T6 Kluang.
- 3 minit ke Klinik Kesihatan Taman Sri Lambak.
- 20 minit ke Bandar Kluang.
KEDAI PEJABAT 2 TINGKAT UNTUK DIJUAL.
LOKASI: TAMAN SRI PENAWAR, BANDAR PENAWAR, JOHOR.
KETERANGAN:
- Keluasan bangunan seluas 22’ ft x 70’ ft (1540 ft).
- Lebih 50 unit kedai sedia untuk dijual.
- 5 minit ke Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE).
- 15 minit ke Rapid Petronas Pengerang.
- 5 Minit ke Pantai Desaru.
- 10 Minit ke Desaru Coast.
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI PEGAWAI BERKENAAN:
☎ 07-8843000 (KEJORA)
📞 019-7846918 (Pn.Rosni binti Nawawi @ Jusoh)
📞 013-7819877 (Pn.Rohani binti Mat Johari)
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.
IKLAN PENJUALAN RUMAH MAMPU MILIK DI KAMPUNG TERSUSUN TANJUNG BUAI,KOTA TINGGI,JOHOR


























PELAWAAN PENYEWAAN DAN PENGENDALIAN KAFETERIA KAKITANGAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
Dimaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini membuka tawaran kepada syarikat yang berminat untuk menyewa ruang kafeteria yang terletak di Bangunan Ibu Pejabat KEJORA.
Butiran Sewaan:
📍Lokasi: Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Bandar Penawar, Johor
🛍️ Tujuan Sewaan: Pengendalian kafeteria bagi kegunaan kakitangan dan pengunjung
🍛 Kemudahan: Ruang penyediaan makanan, kaunter hidangan, ruang makan, air dan elektrik
💼 Kriteria Pemohon:
- Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
- Makanan yang disediakan hendaklah berjenis HALAL.
- Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
- Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah diberi pemeriksaan perubatan dan disahkan sesuai untuk mengendalikan makanan dan minuman. Perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan ini akan ditanggung oleh pengusaha kafeteria yang berjaya. Butiran pekerja-pekerja hendaklah diberikan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
- Pengusaha kafeteria yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk memperolehi lesen-lesen yang diwajibkan oleh Majlis Perbandaran Pengerang, Kementerian Kesihatan atau pihak-pihak lain yang berkaitan.
- Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki menyediakan peralatan bersesuaian yang diperlukan.
- Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki untuk melaksanakan tapisan keselamatan melalui Sistem e-Vetting 3.0 dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan kontrak.
- Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki menyediakan alatalat bersesuaian yang diperlukan.
- Waktu perniagaan yang dicadangkan adalah sepertimana berikut: Hari Beroperasi Waktu Perniagaan Isnin – Jumaat 7.00 pagi – 4.30 petang
- Kegagalan mematuhi mana-mana syarat tersebut di atas mungkin menyebabkan tawaran pengendalian kafeteria ditarik balik.
- Dokumen-dokumen yang PERLU dikemukakan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia adalah sebagaimana berikut:
i. Salinan Kad Pengenalan Pengurus/ Pemohon;
ii. Salinan Sijil Pendaftaran SSM (bagi permohonan syarikat);
iii. Salinan Sijil Pendaftaran Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) (bagi permohonan organisasi);
iv. Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
v. Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir) ATAU Salinan Buku Simpanan Bank (butir akaun & baki akhir)
vi. Salinan sijil atau dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh seperti Persijilan HALAL, penyertaan kursus & lain-lain)
vii. Senarai Pekerja (Lampiran C)
Tarikh Tutup Permohonan: 12.00 tengah hari 20 Jun 2025 (Jumaat)
Cara Memohon:
Pemohon yang berminat boleh mengemukakan LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan Lampiran C sebagaimana QR yang dikepilkan dan hantarkan kepada:
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia,
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan dipertimbangkan. KEJORA berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.
PENGUMUMAN PERMOHONAN KEDAI DIBUKA SEMULA
💰 Harga Asas Kedai: RM170,000.00 sahaja
KEJORA membuka semula permohonan untuk memiliki Kedai Kos Sederhana (KKS) di Taman Penawar Harmoni, Bandar Penawar, Johor.
📅 Permohonan mula dibuka: 20 Mei 2025
⏳ Tarikh tutup permohonan: 20 Jun 2025
Pendaftaran/permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi KEJORA di www.kejora.gov.my
🔗 Borang Permohonan Kedai KEJORA boleh dimuat turun disini Borang Permohonan Kedai
📌 PERINGATAN:
Sila pastikan anda memenuhi SYARAT KELAYAKAN dan menyediakan DOKUMEN LENGKAP YANG TERKINI seperti dalam senarai semak.
❗ Permohonan yang tidak lengkap atau tidak layak maka tidak akan diproses.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI:
1. Terbuka kepada penduduk asal negeri Johor.
2. Bujang atau berkahwin.
3. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
4. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
5. Lebih 10 tahun menetap di negeri Johor, bagi bukan kelahiran dalam negeri Johor.
6. Bagi suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
7. Had maksimum pendapatan isi rumah adalah TIDAK MELEBIHI RM13,000.
8. Hanya SATU (1) PEMILIKAN SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam negeri Johor.
Serahan Borang permohonan beserta dokumen lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 24 Jun 2025. Pemohon perlu memastikan dokumen lengkap sebagaimana senarai semak. Serahan dokumen hendaklah dimajukan kepada:
Pengurus Pengurusan Hartanah dan Fasiliti
Bahagian Pengurusan Hartanah dan Fasiliti,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.