Majlis Perasmian Kempen Outreach Imunisasi COVID-19 Wilayah KEJORA Tahun 2021

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya maka pada hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian Kempen Outreach Imunisasi COVID-19 Wilayah KEJORA Tahun 2021. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA dengan jayanya. Turut serta Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, Encik Daud bin Abd Rahman; YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, ADUN Penawar; YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari, ADUN Johor Lama dan Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, Encik SH Khayulzahri bin SH A.Raof.
Ucapan tahniah kepada semua yang telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu kerajaan memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya menamatkan pandemik ini.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pusat Khidmat Adun Penawar, Pusat Khidmat ADUN Johor Lama dan Pusat Khidmat Tanjung Surat di atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha yang digerakkan oleh KEJORA dan Pejabat Daerah Kota Tinggi ini dapat membantu Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi untuk melaksanakan Program Imunisasi dengan lebih lancar.
Program Outreach yang akan digerakkan oleh tiga Pusat Khidmat Adun ini akan mendekati masyarakat melalui platform booth yang akan dibuka selama 30 hari di kawasan-kawasan yang menjadi tempat tumpuan awam.
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA.

Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.

KEJORA terus komited membantu peserta e-kasih dan B40 melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Bersyukur kehadrat ilahi di atas kurniaan dan anugerahNYA, pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Perniagaan kepada 28 penerima bantuan peralatan PPP SPKR Wilayah KEJORA pada 7 dan 8 April 2021 (Rabu dan Khamis) bertempat di Desa Selatan Resort (Southern Village Resort), Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan strategi asas peniagaan, pemasaran, penyediaan laporan kewangan, sesi motivasi dan perkongsian ilmu. Majlis Penutupan kursus telah dirasmikan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Turut hadir sama Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A. Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) KEJORA dan Encik Nik Mohd Nor Arif, Pengurus IYBE Bispoint selaku Pengendali Latihan.

Kursus Penulisan Buku Mewah

Sempena menyambut Semarak 50 Tahun KEJORA, pelbagai program dan aktiviti telah dan akan dilaksanakan agar penghayatan penubuhan KEJORA akan terus bersemarak menjelang Sambutan Jubli Emas pada tahun 2022 nanti. Salah satu usaha adalah KEJORA berhasrat untuk menerbitkan sebuah buku mewah (coffee table) yang akan menjadi salah satu lakaran sejarah KEJORA.
Kursus Penulisan Buku Mewah telah diadakan pada 8 April 2021, Khamis secara dalam talian dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur dan Wilayah Selatan. Kursus dibimbing oleh penceramah iaitu Puan Norhanifah Binti Mohamed, Perancang Bahasa, Bahagian Buku Umum, DBP Kuala Lumpur.
Kursus Penulisan Buku Mewah yang diadakan pada hari ini merupakan salah satu usaha permulaan bagi tujuan tersebut. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan berkenaan cara penghasilan buku mewah (coffee table). Selain itu, diharapkan bengkel kali ini dapat memperkemas pengetahuan peserta bagi membantu menghasilkan buku tersebut.
Seramai 26 orang peserta yang mengikuti bengkel pada hari ini yang terdiri dari Jawatankuasa Sambutan Jubli Emas KEJORA yang melibatkan Bahagian/ Unit di KEJORA.

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan April 2021 di Dewan KEJORA

Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, semurni jiwa,dimunajatkan rasa syukur ke hadrat iilahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, bagi kita menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan April 2021 di Dewan KEJORA yang indah permai. Amanat pada hari ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Amat Berusaha Tuan Haji A.Jalil bin Md Arsad. Turut diadakan juga Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang diketuai oleh Encik Noorsaifulizuan bin Nordin, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Encik Mohd Ridhuan bin Husain dan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Encik Muhammad Redzuan bin Othman.
Sesi taklimat tuntutan anggota KEJORA berkenaan kerja lebih masa, elaun perjalanan dan elaun sara hidup juga turut diadakan dan disampaikan oleh Encik Nor Zaid bin Saedon, Penolong Akauntan Kanan dari Bahagian Kewangan KEJORA.

CADANGAN PEMBANGUNAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL LENGAI

Iklan Pameran Awam Authority

Majlis Penutup Kursus Kem Kemahiran Remaja Anak Yatim Wilayah KEJORA

Pada hari ini berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Kem Kemahiran Remaja Anak Yatim Wilayah KEJORA anjuran Yayasan Kebajikan Anak Yatim Al Husna Wilayah Johor Tenggara dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Syabas kepada anak-anak semua.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran

 

Program Back To School Wilayah KEJORA Tahun 2021

Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, semurni jiwa,dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, lantas telah dihimpunkan kita semua bagi menjayakan kemurnian Program Back To School Wilayah KEJORA Tahun 2021 yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penawar YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Turut serta Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh; Pengurus Besar KEJORA, YBrs. Tuan Haji A. Jalil bin Md.Arsad; ADUN Tanjung Surat, YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed Abdul Rahman; ADUN Johor Lama, YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari; ADUN Machap, YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar; Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pegawai pendidikan daerah Kota Tinggi.

Setiap penerima akan mendapat baucar Program Back To School Wilayah KEJORA bernilai RM200 seorang yang boleh ditebus dengan kelengkapan dan keperluan pelajar sekolah di mana-mana Pasaraya Borong SAKAN di seluruh Malaysia. Kriteria pemilihan penerima bantuan adalah merupakan pelajar tahun semasa (Tahun 2021) yang masih bersekolah di peringkat Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan merupakan Ahli Isi Rumah yang berada di Wilayah KEJORA.

Penerima merupakan pelajar-pelajar daripada kategori keluarga miskin tegar dan miskin yang disahkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Kulai dan Kluang.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran

Penyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Pengerang oleh YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Pada 24 mac 2021 YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah sudi melapangkan masa menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Pengerang. Sebanyak 500 set sumbangan keperluan makanan telah disumbangkan kepada penduduk yang memerlukan. Program ini di anjurkan dengan kerjasama dari NGO tempatan yang di wakili oleh Encik Mohd Faizal bin Asmar.

Di kesempatan ini, YB Dato’ Pengerusi juga sudi melapangkan masa menghadiri sesi penyerahan siap kerja Projek Bantuan Bina Baru Projek Perumahan Rakyat Termiskin KPLB. Serahan siap kerja ini telah disaksikan sendiri oleh YB Dato’ Pengerusi bersama penerima bantuan bina baru rumah PPRT Tn. Hj Mohd Bajuri bin Daniah bertempat di Kampung Linting, Mukim Tanjung Surat, Kota Tinggi Johor.

Semoga sumbangan yang diberikan ini memberi manfaat yang besar kepada penerima di wilayah KEJORA.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora
#jubliemaskejora
#penerajuteraskemakmuran

Mesyuarat Penyediaan Projek/Program Pembangunan RMKe-12 RP2 Tahun 2022

Mesyuarat Penyediaan Projek/Program Pembangunan RMKe-12 RP2 Tahun 2022 telah diadakan pada 19 hingga 21 Mac 2021 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh, Perak. Mesyuarat dimulakan dengan Amanat oleh YBhg. Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha KPLB. Mesyuarat di pengerusikan oleh YBhg. Dato Hajah Norison Binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPLB. Agensi KEJORA telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji A. Jalil Bin Md Arsad selaku Pengurus Besar, En. Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan En.Mohd Hanafi Bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Pada hari ini, telah berlangsungnya Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad Ke Parlimen Pengerang. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Merangkap Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said; Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh; Pengurus Besar KEJORA, YBrs.Tuan Haji A. Jalil bin Md Arsad; ADUN Kawasan Penawar, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain; ADUN Kawasan Tanjung Surat, YB Dato’ Ir Syed Sis bin Syed Abdul Rahman dan wakil-wakil agensi.
Program dimulakan dengan Sesi Taklimat Pembangunan Projek Perumahan di Taman Penawar Harmoni dan Perumahan Tanjung Buai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA iaitu Encik Daud bin Abd Rahman. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lavender,Lotus Desaru Beach Resort.
Seterusnya adalah penyerahan jentera mini Kubota bertempat di Muzium Nelayan Tanjung Balau. YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad telah menyampaikan dua buah jentera mini Kubota kepada Encik Mohamad Suhaimi bin Abdul Rahim (Projek Tanaman Nanas MD-2) dan Koperasi Wawasan Kampung Tuan Seh Berhad (Projek Pertanian Bersepadu). Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk membantu usahawan tani di wilayah KEJORA yang telah melaksanakan projek-projek pertanian yang berdaya maju secara kecil-kecilan serta konsisten dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan lagi kearah pengeluaran yang lebih besar.