PELAWAAN PENYEWAAN DAN PENGENDALIAN KAFETERIA KAKITANGAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Dimaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini membuka tawaran kepada syarikat yang berminat untuk menyewa ruang kafeteria yang terletak di Bangunan Ibu Pejabat KEJORA.

Butiran Sewaan:

📍Lokasi: Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Bandar Penawar, Johor

🛍️ Tujuan Sewaan: Pengendalian kafeteria bagi kegunaan kakitangan dan pengunjung

🍛 Kemudahan: Ruang penyediaan makanan, kaunter hidangan, ruang makan, air dan elektrik

💼 Kriteria Pemohon:

  1. Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
  2. Makanan yang disediakan hendaklah berjenis HALAL.
  3. Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
  4. Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah diberi pemeriksaan perubatan dan disahkan sesuai untuk mengendalikan makanan dan minuman. Perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan ini akan ditanggung oleh pengusaha kafeteria yang berjaya. Butiran pekerja-pekerja hendaklah diberikan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
  5. Pengusaha kafeteria yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk memperolehi lesen-lesen yang diwajibkan oleh Majlis Perbandaran Pengerang, Kementerian Kesihatan atau pihak-pihak lain yang berkaitan.
  6. Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki menyediakan peralatan bersesuaian yang diperlukan.
  7. Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki untuk melaksanakan tapisan keselamatan melalui Sistem e-Vetting 3.0 dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan kontrak.
  8. Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki menyediakan alatalat bersesuaian yang diperlukan.
  9. Waktu perniagaan yang dicadangkan adalah sepertimana berikut: Hari Beroperasi Waktu Perniagaan Isnin – Jumaat 7.00 pagi – 4.30 petang
  10. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat tersebut di atas mungkin menyebabkan tawaran pengendalian kafeteria ditarik balik.
  11. Dokumen-dokumen yang PERLU dikemukakan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia adalah sebagaimana berikut:
    i.   Salinan Kad Pengenalan Pengurus/ Pemohon;
    ii.   Salinan Sijil Pendaftaran SSM (bagi permohonan syarikat);
    iii.   Salinan Sijil Pendaftaran Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) (bagi permohonan organisasi);
    iv.   Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
    v.   Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir) ATAU Salinan Buku Simpanan Bank (butir                                    akaun & baki akhir)
    vi.   Salinan sijil atau dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh seperti Persijilan HALAL, penyertaan kursus & lain-lain)
    vii.   Senarai Pekerja (Lampiran C)

Tarikh Tutup Permohonan: 12.00 tengah hari 20 Jun 2025 (Jumaat)

Cara Memohon:
Pemohon yang berminat boleh mengemukakan LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan Lampiran C sebagaimana QR yang dikepilkan dan hantarkan kepada:

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia,
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan dipertimbangkan. KEJORA berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.

 

KEJORA BERSAMA KOMUNITI MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN SEMPENA AIDILADHA 2025/1446H

KOTA TINGGI, 7 Jun – Bagi menyemarakkan semangat keimanan dan kesyukuran kepada Allah SWT, KEJORA telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban Wilayah KEJORA bersama komuniti setempat bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2025/1446H. Majlis telah berlangsung di Masjid Al-Aa’la, Bandar Mas, Kota Tinggi.
Ibadah qurban kali ini melibatkan lima ekor lembu dan 66 ekor kambing, dan daging qurban telah diagihkan kepada penduduk di kawasan sekitar.
YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), hadir sebagai wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA bagi menyempurnakan pengagihan daging qurban kepada para penerima.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang, petugas, sukarelawan, serta ahli kariah Masjid Al-Aa’la atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

LAWATAN PEMANTAUAN PENGURUS BESAR KEJORA KE ARAH MENDAPATKAN CCC PROJEK PERUMAHAN TERSUSUN KAMPUNG TANJUNG BUAI, MUKIM JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, JOHOR

KOTA TINGGI, 04 Jun- Bagi memastikan komitmen KEJORA dalam menyempurnakan pembangunan Projek Perumahan Tersusun Kampung Tanjung Buai, Kota Tinggi, Johor, Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan lawatan pemantauan untuk melihat dan memastikan penyempurnaan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor di tapak bagi mendapatkan sijil pematuhan dan penyiapan (CCC).
Turut hadir adalah YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Pengurusan serta pegawai KEJORA, wakil perunding dan wakil pihak kontraktor. Melalui lawatan ini, pihak kontraktor telah diminta untuk memastikan baki kerja penyiapan projek ini disempurnakan bagi membolehkan CCC diperolehi segera.

TIRAI PEMBUKAAN PESTA TANJUNG BALAU 2025 SEMPENA ULANGTAHUN KEJORA KE-53

Pesta Tanjung Balau 2025 telah pun membuka tirainya secara rasmi hari ini dan akan berlangsung hingga 2 Jun 2025!
Pelbagai aktiviti menarik telah memeriahkan pada pembukaan hari pertama ini, antaranya Pertandingan Aerofithon, Pertandingan Memasak, KEJORA Idol, Bola Tampar Pantai, Sukan Rakyat, serta SukanRia Kanak-kanak.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai tarikan lain seperti Mini Zoo, Mini Travel Fair, Supa Dupa, serta jualan menarik di Bazar Komuniti KEJORA yang berlangsung sepanjang tiga hari ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan acara pembukaan.
Anda bila lagi? Jom ramai-ramai ke Pesta Tanjung Balau 2025 — jangan lepaskan peluang!

MAJLIS ZIARAH KASIH WILAYAH KEJORA ZON KLUANG

KLUANG, 31 Mei- Sempena Ulangtahun KEJORA ke-53, KEJORA mengambil kesempatan untuk menyantuni warga emas yang memerlukan dengan mengadakan Majlis Ziarah Kasih Wilayah KEJORA Zon Kluang.
Majlis telah diadakan di Kampung Paya, Layang-Layang, Kluang dan disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA kepada penerima diiringi oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA.
Majlis Ziarah Kasih ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim bersama komuniti desa Zon Kluang dan dapat meringankan beban kewangan mereka.

TAMAN PERMATA LAYANG: REALISASI IMPIAN RUMAH PERTAMA MAMPU MILIK UNTUK MASYARAKAT LUAR BANDAR

KLUANG, 31 Mei – KEJORA terus menzahirkan komitmen menyediakan kediaman yang berkualiti dan mampu milik kepada penduduk luar bandar. Menerusi anak syarikatnya, Kejora Land Development Sdn. Bhd. (KLDSB), KEJORA telah berjaya membangunkan Projek Perumahan Taman Permata Layang di Layang-Layang, Simpang Renggam yang telah siap sepenuhnya dan memperoleh Sijil Layak Menduduki (CCC) pada Mei 2025.
Projek ini menawarkan 125 unit rumah kediaman yang kesemuanya jenis banglo dan 7 unit kedai bagi memenuhi keperluan perumahan serta merancakkan aktiviti ekonomi tempatan. Antara keunikan projek ini ialah ia merupakan salah satu projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang pertama di negeri ini yang keseluruhan unit di bawah dasar kerajaan adalah jenis banglo.
Projek ini dibangunkan hasil kerjasama strategik antara KEJORA, Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Ia bertujuan menyediakan pilihan kediaman selamat kepada penduduk Kampung Paya yang sebelum ini sering terkesan dengan bencana banjir, sekaligus menyokong dasar kerajaan untuk memperluas pemilikan rumah pertama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Pada hari ini menyaksikan YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KEJORA, telah sudi hadir menyampaikan Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) kepada 41 orang penerima.
Turut hadir, YB Dato Ir Hasni bin Mohammad, Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YBhg. Dato’ Dr Roslan bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Kanan Khidmat Pengurusan KKDW sebagai wakil rasmi Ketua Setiausaha KKDW, Ahli Lembaga Pengarah KEJORA dan Anak Syarikat KEJORA, pimpinan tempatan, agensi pelaksana serta penduduk sekitar.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan projek ini dari peringkat perancangan, pelaksanaan hingga ke penyerahan hari ini. KEJORA percaya, pembangunan perumahan seperti ini bukan sekadar membina rumah, tetapi membina harapan, kestabilan dan masa depan masyarakat luar bandar.

MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA SEMPENA ULANGTAHUN KEJORA KE-53

KOTA TINGGI, 30 Mei- Sempena Ulangtahun KEJORA ke-53 pada 1 Jun ini, satu Majlis Bacaan Yassin Perdana sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan, kesejahteraan dan kemudahan kepada KEJORA dan warga kerjanya telah diadakan di Masjid Al- Husna Bandar Tenggara. Bacaan Yassin telah dipimpin oleh Tuan Imam Farhan bin Mohd Salih, Imam Masjid Al-Husna Bandar Tenggara. Kehadiran melibatkan barisan Pengurusan dan warga kerja KEJORA serta qariah masjid.
Majlis selanjutnya diteruskan dengan penyampaian Kuliah Dhuha oleh YBrs Ustaz Abdul Rahman bin Abd Jalil dari Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi sebagai pengisian program pengukuhan integriti.

PENGUMUMAN PERMOHONAN KEDAI DIBUKA SEMULA

💰 Harga Asas Kedai: RM170,000.00 sahaja

KEJORA membuka semula permohonan untuk memiliki Kedai Kos Sederhana (KKS) di Taman Penawar Harmoni, Bandar Penawar, Johor.

📅 Permohonan mula dibuka: 20 Mei 2025
⏳ Tarikh tutup permohonan: 20 Jun 2025

Pendaftaran/permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi KEJORA di www.kejora.gov.my

🔗 Borang Permohonan Kedai KEJORA boleh dimuat turun disini Borang Permohonan Kedai

📌 PERINGATAN:
Sila pastikan anda memenuhi SYARAT KELAYAKAN dan menyediakan DOKUMEN LENGKAP YANG TERKINI seperti dalam senarai semak.
❗ Permohonan yang tidak lengkap atau tidak layak maka tidak akan diproses.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI:
1. Terbuka kepada penduduk asal negeri Johor.
2. Bujang atau berkahwin.
3. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
4. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
5. Lebih 10 tahun menetap di negeri Johor, bagi bukan kelahiran dalam negeri Johor.
6. Bagi suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
7. Had maksimum pendapatan isi rumah adalah TIDAK MELEBIHI RM13,000.
8. Hanya SATU (1) PEMILIKAN SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam negeri Johor.

Serahan Borang permohonan beserta dokumen lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 24 Jun 2025. Pemohon perlu memastikan dokumen lengkap sebagaimana senarai semak. Serahan dokumen hendaklah dimajukan kepada:

Pengurus Pengurusan Hartanah dan Fasiliti
Bahagian Pengurusan Hartanah dan Fasiliti,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.

 

IKLAN TENDER LKJT/KWPP/KOTA TINGGI – KLUANG/P/2025/P021

IKLAN TENDER PEMBANGUNAN WILAYAH KEJORAS

IKLAN TENDER LKJT/KWPP/ KG.BELUKAR DURIAN/WR/ 2025/ K330 CADANGAN MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PROJEK MEMBINA DAN MENAIKTARAF KEMUDAHAN REKREASI DAN INFRASTRUKTUR PELANCONGAN SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI KOMPLEKS THE WETLANDS KG. BELUKAR DURIAN PTD, 2453 ,MUKIM SEDILI KECIL, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

IKLAN TENDER WETLAND