HARI ASPIRASI WANITA SEJAHTERA SEMPENA PERTANDINGAN ASPIRASI KAMPUNG SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI JOHOR – KAMPUNG DATO’ IBRAHIM MAJID, SIMPANG RENGGAM, KLUANG, JOHOR

7 September 2022 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa dengan kerjasama Pejabat Daerah Kluang telah menganjurkan Program Hari Aspirasi Wanita Sejahtera Sempena Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Johor – Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Johor yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada kampung yang berjaya menzahirkan aspirasi desa sejahtera selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) ke arah melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.
Bagi merealisasikan hasrat kampung sejahtera, pelaksanaan sambutan Hari Aspirasi Wanita Sejahtera telah diadakan dengan pelbagai pengisian seperti pertandingan masakan, pertandingan gubahan bunga rampai, pertandingan mewarna, pameran agensi, kaunter pendaftaran Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) PERKESO dan pertandingan ratu batik yang melibatkan wanita di dalam Kampung Dato’ Ibrahim Majid. Program turut diserikan dengan persembahan kebudayaan seperti silat, zapin dan kompang berirama yang disertai oleh komuniti setempat.
Semoga kemenangan akan menjadi milik Kampung Dato’ Ibrahim Majid!!