HAYATI ASPIRASI DESA MADANI KKDW DALAM USAHA MERENCANA SEBUAH REFORMASI
BANDAR PENAWAR, 28 Januari – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan KEJORA Bagi Bulan Januari 2024 di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, Johor.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyeru agar Aspirasi Desa Madani yang diilhamkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dihayati dan dipraktikkan dalam gerak kerja KEJORA.
Beliau menambah, Aspirasi Desa Madani perlu direalisasikan berdasarkan 4 teras mengikut akronim KKDW itu sendiri iaitu (K) Kemahiran dan Pengetahuan, (K) Keberkesanan dan Kecekapan, (D) Data dan Digital serta (W) Wow Factor. Selari dengan itu juga, KEJORA juga mensasarkan gerak kerja yang proaktif dalam usaha memastikan peluncuran Aspirasi Desa MADANI terus digarap melalui enam (6) akronim utama yang terkandung dalam istilah KEJORA itu sendiri iaitu (K) Kemahiran, Keberkesanan & Kecekapan, (E) Ekonomi & Ehsan, (J) Jaringan Infrastruktur, (O) Orang Muda Johor, (R) Rejuvenasi serta (A) Agenda National dan Negeri. Akronim ini membawa maksud yang jelas dan selari dengan KKDW serta Negeri Johor berteraskan agenda National iaitu Gagasan Malaysia MADANI dan Dasar-Dasar Pembangunan Negeri Johor dibawah Gagasan Maju Johor.
Saya menyeru agar warga kerja KEJORA terus komited dalam memperkasa masyarakat desa. ,” ujar beliau.
Di dalam majlis perhimpunan ini juga, satu sesi pra-peluncuran sistem MyMesyuarat 2.0 yang akan digunapakai bagi kegunaan pemantauan mesyuarat dan sebagainya.
Selanjutnya, majlis turut diserikan dengan sesi ceramah bertajuk Keistimewaan Bulan Rejab yang telah disampaikan oleh Ustaz Luqmanul Hakim bin Ab. Rahman dari Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi
Turut hadir di dalam majlis pada pagi ini ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Daud bin Abd. Rahman, Pengurus Kanan, Pengurusan Pemegang Taruh dan Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurusan KEJORA, Pengurusan Tertinggi KEJORA Development Holding serta anggota KEJORA.
Ingat dan berpeganglah kepada kata-kata dari Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor iaitu; BEKERJALAH DARI HATI, DENGAN PENUH HATI-HATI.