PENGURUS BESAR KEJORA LAWAT PROJEK PEMBANGUNAN PELANCONGAN TANJUNG BALAU

TANJUNG BALAU, 24 Januari – Pada pagi ini, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah mengadakan lawatan ke projek pembangunan pelancongan di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai cadangan pembinaan kiosk serta tapak perkhemahan di pantai Tanjung Balau yang akan dibina pada tahun ini. Selari dengan pemantauan ini, Yang Berhormat Datin Paduka juga memantau kemajuan projek di Tanjung Balau bagi memastikan kemajuan projek mengikut jadual, kualiti kerja yang baik dan sempurna termasuk memberikan pandangan dalam usaha menambahbaik fasiliti di pantai Tanjung Balau.
Lawatan ke pantai Tanjung Balau ini meliputi projek-projek seperti berikut:-
1. Cadangan Pembinaan Kiosk Penjaja dan Peniaga di Pantai Tanjung Balau
2. Cadangan Pembangunan Tapak Dataran Parkir & Tapak Perkhemahan Tanjung Balau
3. Kerja-Kerja Menaiktaraf Tapak Geologi @ Tanjung Balau
Secara dasarnya, projek-projek ini akan memberikan faedah secara langsung kepada usahawan KEJORA disamping memberikan nilai tambah kepada pengunjung yang datang ke Tanjung Balau. Di samping itu juga, projek-projek ini adalah sebahagian dari kaedah mempromosikan Tanjung Balau sebagai destinasi pilihan keluarga berkonsep eco-pelancongan luar bandar.
Di dalam lawatan ini jugak, turut dibincangkan beberapa perkara seperti aspek keselamatan pengunjung, pandangan (view) sekeliling serta kaedah mengelakkan pencemaran serta aspek kebersihan di kawasan pantai Tanjung Balau.
Turut hadir di dalam sesi lawatan ini adalah Pengurus Pelancongan, Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Perancang Bandar & Pembangunan Projek, Encik Yusrihan bin Jusak, Ketua Unit Ekonomi & Usahawan, Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A. Raof, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, Encik Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Encik Mohamad Azrul bin Hj. Shari, Penolong Pengurus Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Puan Noorazah biniti Mohamed Iman, Arkitek, Encik Mohd Nazim bin Mohamad, Penolong Pengurus Pelancongan, Encik Abd. Rahman bin Abd. Samad serta pegawai-pegawai Bahagian Pelancongan dan Unit Pengurusan Fasitili KEJORA.