PENGURUS BESAR KEJORA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PEGAWAI DAERAH KLUANG

KLUANG, 23 Januari – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Kluang, YBhg Tn. Hj. Mohd Rafie bin Abdullah
Pertemuan selama 1 jam itu berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kluang.
Turut bersama dalam kunjungan hormat ini adalah Pengurus Kanan Pengurusan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Perancang Bandar & Pembangunan Projek, Encik Yusrihan bin Jusak, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Encik Mohamad Azrul bin Hj. Shari serta Penolong Pengurus Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Puan Noorazah binti Mohamed Iman.
Menyifatkan pertemuan itu sebagai sesi perkenalan awal serta mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin antara KEJORA dan Pejabat Daerah Kluang. YBhg. Tuan Pegawai Daerah Kluang memaklumkan mengenai beberapa permasalahan di dalam Wilayah KEJORA terutama di Dalam Daerah Kluang.
Pertemuan ini juga mengambil maklum akan cadangan perluasan kawasan operasi KEJORA terutama di Daerah Kluang.
Selain itu juga, beberapa perkara turut di bincangkan antaranya pembangunan usahawan, masalah perparitan dikampung-kampung serta perumahan turut mendapat perhatian di dalam sesi ini.
Terdahulu, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah raikan dalam Majlis Bingkisan Kasih, Sanjungan Budi, Pejabat Daerah Kota Tinggi. Majlis ini diadakan sebaik sahaja Majlis Amanat Tahun Baharu 2024, Pegawai Daerah Kota Tinggi selesai di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi, Johor.