KARNIVAL SUKAN WILAYAH KEJORA (KASWIRA) 2022
Pada 29-30 oktober 2021 telah berlangsung Karnival Sukan Wilayah KEJORA (KASWIRA) di Bandar Tenggara, Johor.
Sebanyak 13 acara dipertandingkan dengan kampung-kampung tradisi Wilayah KEJORA dipecahkan kepada 4 zon utama iaitu Zon Pengerang, Zon Kota Tinggi, Zon Sedili & Zon Kluang dengan penyertaan hampir 450 atlet termasuk pengurusan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh ADUN Panti, YB Hahasrin bin Hashim yang mewakili EXCO Belia & Sukan Negeri Johor. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa sukan boleh menyatukan semua kaum di dalam Negeri Johor. KEJORA pada hari ini telah menyahut Visi Sukan Negara 2030 yang berkonsepkan ‘Daripada Komuniti Kepada Komuniti’.
Dalam masa yang sama, Zon Kluang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan. Manakala Zon Pengerang telah dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurusan Kanan KEJORA, Penghulu-Penghulu Mukim serta Pengerusi JPKK Wilayah KEJORA.
Tahniah kepada semua pemenang. Kekalkanlah semangat setiakawan & kerja berpasukan yang telah terjalin.
Tidak menjadi satu masalah jika perjalanan kejayaan anda perlahan, asalkan anda tidak berhenti dan menoleh ke belakang. Janganlah takut untuk gagal, takutlah jika kita tidak mahu mencuba.