MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI & KARNIVAL SUKAN WILAYAH KEJORA (KASWIRA) 2022

Pada 29 oktober 2022 telah berlangsung majlis perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kota Tinggi & Karnival Sukan Wilayah KEJORA (KASWIRA) Tahun 2022 di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara, Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga dengan pencapaian Kontinjen Johor yang telah merangkul Juara Keseluruhan dalam SUKMA 2022. Selain itu, beliau memuji usaha Pejabat Sukan Daerah Kota Tinggi & KEJORA yang telah berkolaborasi dalam menjayakan sambutan kali ini.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Dato’ Dr Adham bin Baba, ADUN Pasir Raja, YB Puan Rashidah Binti Ismail serta dif-dif kehormat yang lain.
Bersempena dengan HSN Daerah Kota Tinggi ini juga, diadakan beberapa pertandingan antaranya futsal, bola jaring, Aerofitthon, fun run termasuk sukan rakyat.
Tahniah kepada semua yang hadir dan kekalkan bersukan untuk kesihatan semua.