KEJORA TERIMA KUNJUNGAN PENULIS TRIPZILLA SINGAPURA

Bahagian Pelancongan Kejora telah menyantuni kunjungan pihak Tourism Johor bersama wakil Penulis Pelancongan Tripzilla Singapura ke Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi Johor pada 27 Oktober 2022 yang lalu.
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan produk pelancongan KEJORA kepada peserta untuk dimuatkan dalam artikel pelancongan di negara Singapura.
Peserta telah dibawa menyusuri Sungai Pelanduk sambil menikmati keindahan paya bakau tanah lembab serta melihat flora dan fauna di sekitarnya. Selain itu, kesemua peserta turut di bawa melihat spesis hidupan yang hidup di pulau ini termasuk Belangkas dan Gamat. KEJORA juga memgucapkan terima kasih kepada pihak Belungkor Venture atas sumbangan sewaan bot pelancongan serta khidmat pandu arah serta pemandu pelancong.
Semoga lawatan serta kerjasama ini akan dapat meningkatkan populariti Pulau Tanjung Surat sekaligus menarik kehadiran pelancong ke Produk Pelancongan Wilayah KEJORA.