TOURISM SOUTHERN REGION CORPORATE TRAVEL BAZAAR 2022
Bersempena dengan Progam Tourism Southern Region Corporate Travel Bazaar 2022, yang diadakan pada 25 Oktober 2022 di Hotel Perdana, Kota Bahtu, Kelantan, Bahagian Pelancongan KEJORA telah dijemput oleh Tourism Malaysia untuk mempromosi produk pelancongan Wilayah KEJORA.
Program ini merupakan ‘platform’ pertemuan di antara penggiat industri pelancongan tempatan terutama di Negeri Kelantan dengan Tourism Malaysia Wilayah Selatan (Johor & Melaka) serta Tourism Malaysia Wilayah Timur (Kelantan) yang melibatkan peserta daripada Tourism Johor, Perbadanan Taman Negara Johor, Tourism Melaka, Kejora Hospitality, agen-agen pelancongan, pemain industri pelancongan. Selain itu juga, ianya bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara wilayah terutama yang berkaitan aspek pelancongan.
Seramai 20 pempamer dari Johor dan Melaka serta 150 agen pelancongan telah menghadiri program yang diserikan dengan kehadiran oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Y.Brs. Encik Iskandar Mirza.
Hadir sama ialah Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Encik Muhamad Nasir bin Pahmi, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Puan Zuraini binti Abdul Ghani, Pengerusi MATTA Kelantan, Encik Mohd Athif bin Mohd Kamel dan Encik Saifullah bin Sulaiman serta beberapa tetamu kehormat yang lain.
Semoga dengan adanya acara seperti ini, peserta dapat mengetahui tempat-tempat pelancongan didalam Wilayah KEJORA serta negeri Johor.