KEJORA VIRTUAL CYCLING CHALLENGE 2021
Dengan berakhirnya Majlis Penutup KEJORA Virtual Cycling Challenge 2021, maka tamatlah satu lagi program yang amat menarik minat ramai peserta. Dengan penyertaan seramai 407 peserta, kayuhan secara virtual ini pastinya menjanjikan seribu pengalaman dan kenangan kepada peserta semua.
Pastinya ramai yang menanti cabutan nombor bertuah yang menjanjikan hadiah yang begitu menarik. Cabutan bertuah grand final telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA. Manakala YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA juga telah membuat cabutan bertuah kepada peserta yang layak bertanding. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Kepada peserta yang menang cabutan nombor bertuah, gambar menarik serta hadiah misteri, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, In Shaa Allah, kita jumpa di lain program KEJORA.
Terima kasih dari Pengurusan KEJORA serta barisan urusetia kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti/program ini.