KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KEJORA TAHUN 2022
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2022 telah diadakan pada 29 November 2022 bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Sebanyak 7 kumpulan telah menyertai konvensyen tahun ini iaitu Albatross, Equalizer, Prospek, Perdana, Gold, Teraju dan Ultimate. Konvensyen pada tahun ini diadili oleh Puan Nazilah binti Ahmad dan Puan Nahdatul Faeizin binti Norman daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi Bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA. Dalam ucapannya, beliau percaya bahawa pembangunan Wilayah KEJORA atau KEJORA 2.0 akan diterajui oleh kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti. Idea dan keunikan, dibantu oleh kecanggihan teknologi merupakan wahana utama dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Beliau menambah agar anggota KEJORA menjadikan budaya “berfikir di luar kebiasaan” sebagai suatu kebiasaan. Sekiranya sebelum ini KEJORA menerima “complaint as a gift” dari para pelanggan bagi memperbaiki tahap perkhidmatan, maka kini KEJORA perlu memberikan “kejutan gembira” pula kepada pelanggan KEJORA dengan “hadiah” perkhidmatan yang responsif, mesra, cekap dan pastinya memudahkan, yang berteraskan ketelusan dan integriti. Ianya juga sejajar dengan objektif KIK iaitu menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Turut hadir dalam konvensyen kali ini ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) En. Daud bin Abd Rahman, Penguurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
“Jika anda ingin cepat, pergilah sendiri. Bila ingin pergi jauh, mesti bersama-sama” ~ Peribahasa Afrika.
Jumpa nanti pada Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2022 yang akan diadakan pada 5 Disember 2022 bagi mengetahui siapakah yang bakal menjadi JOHAN KONVENSYEN KIK KEJORA TAHUN 2022.