KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA BENCANA RIBUT DI KAMPUNG BELADING, TELOK SENGAT
27 November 2022 (Ahad), Kampung Belading, Telok Sengat, Kota Tinggi – KEJORA telah menerima makluman berhubung kejadian ribut yang berlaku pada 26 November 2022 (Sabtu) di Kampung Belading, Telok Sengat yang telah mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa rumah penduduk di kawasan berkenaan.
Berdasarkan makluman tersebut, Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa yang mewakili pihak Pengurusan KEJORA dan diiringi oleh Encik Mohd Noor bin Atan, Pengerusi JPKK Kampung Johor Lama telah mengadakan kunjungan prihatin ke atas mangsa-mangsa yang terkesan akibat kejadian ribut tersebut.
Pada lawatan yang turut disertai oleh Encik Noorsaifulizuan bin Nordin dan Encik Shahrul Shafique bin Hamidon, KEJORA juga telah menyerahkan sumbangan berbentuk Bakul Makanan KEJORA kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Semoga mangsa dan keluarga tersebut terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.