PROGRAM BINA INSAN SIRI-3 ”PROGRAM KOMUNITI UNGGUL” SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR) WILAYAH KEJORA BAGI TAHUN 2022

Program Bina Insan (PBI) Siri 3 – “Program Komuniti Unggul” di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA telah dilaksanakan dari 24 hingga 26 November 2022 melibatkan 50 peserta daripada Penerima Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar di dalam Wilayah KEJORA bertempat di Felda Residence Kuala Terengganu dan Tasik Kenyir.
Program ini bertujuan untuk membangunkan minda serta modal insan komuniti luar bandar. Selain itu juga, ia dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi serta berusaha dalam meningkatkan ilmu, pendidikan, kemahiran serta pendapatan keluarga. Sekaligus menganjak paradigma komuniti luar bandar khususnya dalam Wilayah KEJORA agar mampu berdikari pada masa hadapan.