KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA BENCANA RIBUT DI KAMPUNG TANJUNG SERINDIT
20 November 2022 (Ahad), Kampung Tanjung Serindit – KEJORA yang diwakili oleh Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa dan Encik Abidullah bin S. Ali, Ketua Unit Pelaburan telah mengadakan kunjungan prihatin ke atas mangsa bencana ribut iaitu Encik Mohammad Fadzil bin Mohamad di Kampung Tanjung Serindit.
Dalam kejadian semalam iaitu pada 19 November 2022 (Sabtu), rumah mangsa telah mengalami kerosakan akibat dihempap pokok yang tumbang.
Pada lawatan yang turut diiringi oleh Encik Noorsaifulizuan bin Nordin serta Encik Shahrul Shafique bin Hamidon bersama Encik Kamsani bin Abdul Rohman, Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Serindit, KEJORA juga telah menyerahkan sumbangan berbentuk Bakul Makanan KEJORA kepada keluarga mangsa.
Semoga mangsa dan keluarga tersebut terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.