KURSUS LEADERSHIP REVOLUTION (ONE SPIRIT & ONE TEAM)
Seramai 28 orang anggota KEJORA terdiri dari pihak pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan KEJORA telah mengikuti Kursus Leadership Revolution (One Spirit & One Team) yang telah diadakan pada 21 hingga 23 November 2022 bertempat di Resort World Awana, Genting Highlands dengan kerjasama Konsultan dari syarikat Strategic Human Resources Management. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi Bin Mohd Darus selaku Pengurus Besar KEJORA dengan penuh jayanya.
Kursus ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Selain dapat memperkasakan kemahiran kepimpinan, meningkatkan prestasi dan produktiviti yang tinggi dengan sinergi kerja berpasukan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota KEJORA yang telah menjayakan kursus ini dengan penuh dedikasi.