KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA RIBUT DI KAMPUNG CHANGI, PENGERANG
24 November 2022 – Kampung Changi, Pengerang -Pada hari ini, Ketua Unit Komunikasi Korporat KEJORA telah mewakili Pengurusan serta Warga KEJORA mengadakan kunjungan prihatin ke atas mangsa ribut iaitu En. Abu Bakar bin Kadir Patcha di Kampung Changi, Pengerang Johor.
Dalam kejadian yang berlaku pada 23 November 2022 (Rabu), rumah mangsa telah mengalami kerosakan di perabung utama bumbung serta bumbung beranda rumah yang telah diterbangkan angin ribut yang kuat. Turut terkena kesan ribut ini juga adalah 3 ahli keluarga yang lain. Ketika kunjungan ini dilakukan, kerja-kerja pembaikan bumbung telah dimulakan dengan bantuan penduduk kampung.
Kunjungan prihatin ini juga turut diiringi oleh Pengerusi JPKK Kampung Teluk Ramunia, En. Syed Bahrim bin Syed Ibrahim dan PENGGERAK KEJORA, En. Mohd Kamalludin Bin Hasan. KEJORA juga telah menyerahkan sumbangan berbentuk Bakul Makanan KEJORA kepada keluarga mangsa.
KEJORA mendoakan agar seluruh anggota keluarga tabah serta sabar dalam menghadapi dugaan ini.