KURSUS ASAS PENIAGAAN, PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP) DI BAWAH SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR) WILAYAH KEJORA
Pada 1 hingga 2 April 2021, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah melaksanakan Kursus Asas Perniagaan, Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA yang bertempat di Bayu Balau Beach Resort.
Seramai 16 peserta yang juga merupakan penerima bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) telah mengikuti kursus yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang asas perakaunan, asas keusahawanan serta asas dalam pemasaran digital.
Selain itu turut ditampilkan Yang Dihormati Encik Imtiazalam bin Ismail, Pengurus Pembangunan Produk IEJAFOOD INDUSTRIES SDN BHD dalam satu sesi bersama tokoh usahawan bagi memberikan semangat dan inspirasi khususnya kepada para peserta untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat menyuntik semangat para peserta agar lebih bermotivasi untuk berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang perniagaan sekaligus melahirkan usahawan berjaya dan berdaya saing. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.