KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH (TPATA)

Alhamdulillah, KEJORA melalui Bahagian Hartanah dan DINARA TRAINING & CONSULTANCY buat pertama kali telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) bermula dari 18 hingga 20 Disember 2022 bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur.
Kursus ini bertujuan untuk memahami peranan dan tanggungjawab dalam Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) serta menyediakan pengurusan pelaporan Aset Tak Alih yang lebih tepat dan strategik.
Seramai 21 orang peserta telah mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Pn Marlina binti Amir, Pengurus Hartanah, Cik Haslinda binti Abu Bakar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, En. Norazmi bin Sahar, Ketua Unit Audit Dalam, En. Mohd Rizal bin Hidzir serta pegawai-pegawai yang menguruskan aset tidak alih KEJORA.
Pihak Pengurusan KEJORA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peserta yang terlibat secara langsung dalam menjayakan kursus ini.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, para peserta dapat meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan bagi memperkasakan lagi pengurusan aset tak alih KEJORA.