KURSUS TEKNOLOGI REKABENTUK PEMBUNGKUSAN & PELABELAN, PENJENAMAAN PRODUK DAN KEUSAHAWANAN

Menyedari hakikat cabaran Pandemik Covid 19 dan keperluan untuk berdaya saing dalam kelompok masyarakat umum, Unit Ekonomi dan Usahawan telah mengadakan Kursus Teknologi Rekabentuk Pembungkusan & Pelabelan, Penjenamaan Produk dan Keusahawan pada 24 hingga 26 Februari 2022 bertempat di Balai Raya Islam, Panchor, Muar, Johor. Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan, KEJORA. Turut serta Puan Rafidah Binti Atan, penceramah daripada Yuco Creations, En Mohd Muzammir Bin Omar, Penghulu Mukim Jorak, Panchor, Muar dan Mohd Khalid Bin Mohammad, Ketua Kg Melayu / Sri Tanjung.
Selaras dengan agenda Kementerian Pembangunan Luar Bandar & aspirasi rakyat luar bandar, program ini merupakan satu titik permulaan ke arah melahirkan usahawan yang mampu transformasi kawasan luar bandar dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat di luar bandar di bawah Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).
Seramai 20 usahawan diberikan pendedahan berkenaan pembungkusan produk agar dapat memasarkan produk dengan lebih berkesan dan efisien. Semoga program ini dapat memberi seribu inspirasi kepada usahawan baharu di bawah program PROSPEK.
Syabas dan tahniah.