PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menganjurkan program gotong royong yang telah dirasmikan oleh YB Datin Paduka Hjh Hazlina Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Program gotong-royong ini melibatkan agensi dan institusi yang berada di daerah Kota Tinggi, antaranya Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang, Majlis Daerah Kota Tinggi, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Rela, Kejora Development Holding, dan juga wakil-wakil penduduk Kampung Nelayan Tanjung Balau juga penduduk sekitar dengan jumlah kehadiran seramai 250 orang keseluruhannya.
Kawasan pembersihan ini melibatkan 2 kilometer sepanjang kawasan Pantai Tanjung Balau dan dibahagikan kepada tiga (3) zon bagi kerja-kerja pembersihan. Zon 1 adalah kawasan jeti hingga kawasan geologi, zon 2 ialah kawasan muzium dan Kawasan Boardwalk Tanjung Balau dan zon 3 pula kawasan sepanjang satu (1) kilometer bermula dari kawasan selepas Sungai Rantau menghala ke anak sungai.
Semoga program hari ini dapat meningkatkan rasa keprihatinan dan komitmen kita terhadap penjagaan kebersihan dan keindahan alam sekitar yang bersih, indah dan ceria.

















