KURSUS TEKNOLOGI RETORT : PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMPROSESAN PES MAKANAN TAHUN 2024
Kursus Teknologi Retort: Prosedur Operasi Standard Pemprosesan Pes Makanan telah diadakan pada 28 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di IEJA Food Industries Sdn Bhd, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En Sh Khayulzahri Bin Sh A. Raof, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA. Turut hadir sama, Encik Hasanol Bolkiah Bin Hj Zainal, Pengurus FAMA Daerah Kuala Pilah dan Puan Siti Hajar Husnan, Pengarah Urusan IEJA Food Industries Sdn Bhd.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan untuk pemprosesan sesuatu produk makanan dan minuman yang mampu bertahan sehingga setahun atau lebih (teknologi retort).
Usahawan juga mempelajari secara praktikal proses pembungkusan yang boleh diaplikasikan kepada produk usahawan bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan berdaya saing. Seramai 20 usahawan makanan dan minuman telah menghadiri kursus ini.
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan KEJORA