KURSUS TERNAKAN ARNAB PEDAGING DI BAWAH PROGRAM PROSPEK TAHUN 2022

KEJORA menerusi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menganjurkan Kursus Ternakan Arnab Pedaging Tahun 2022 bermula pada 21 hingga 23 Oktober 2022 di Batu Pahat, Muar dan Segamat Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Pertanian & Industri Asas Tani, Cik Siti Fazueri binti Radzali. Seramai lebihkurang 15 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Mukim Jorak Panchor, Muar telah menyertai kursus ini.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kaedah penternakan dan pengurusan arnab pedaging. Selain itu, peserta juga akan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam mengendalikan projek ternakan arnab di bawah Program PROSPEK KPLB melalui kaedah terbaik dan kualiti daging yang bermutu tinggi bagi memperolehi pulangan pada kadar maksima serta menguntungkan.
Di dalam kursus ini juga, kesemua peserta telah diberikan pendedahan secara terus secara teori serta lawatan ke Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) Felda Sri Ledang & Felda Sri Jaya termasuk Projek Shah Agrofarm – Kg. Liang Batu, Lenga Muar.
Semoga dengan ilmu yang diperolehi dari kursus ini menjadi pemangkin kepada semangat kepada penduduk Kampung Mukim Jorak Panchor untuk memulakan serta meluaskan projek Ternakan Arnab Pedaging.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta.