MAJLIS PERASMIAN MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD) @KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah menghadiri Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @Kota Samarahan, Sarawak yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 2 Februari 2024 bertempat di Halaman Samarahan, Sarawak.
Turut hadir bersama ialah Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan dan Puan Nur Atiqah binti Othman, Penolong Pengurus Kanan, Unit Ekonomi dan Usahawan. Program ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 1 Februari hingga 4 Februari 2024.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mempromosi dan menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk/ perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli serta meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar.