SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS KEPADA ANGGOTA BAHARU KEJORA

BANDAR PENAWAR, 4 Februari – Selamat datang dan selamat bertugas kepada anggota baharu KEJORA. Seramai 16 kakitangan baharu Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah dilantik pada awal tahun 2024.
Pegawai-pegawai lantikan baharu ini telah melaporkan diri di Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus bermula pada 1 Februari 2024 yang lalu. Mereka yang melaporkan diri ini terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) gred 41 sehingga staf Kumpulan Pelaksana (gred 29-11).
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyampaikan amanat kepada semua anggota baharu. Antara intipati ucapannya adalah mengingatkan kepada semua agar sentiasa bersatu padu, bekerjasama dan bekerja dalam satu pasukan, saling hormat – menghormati, setiakawan dan berpegang kepada semangat “dimana bumi di pijak, disitu langit dijunjung”.
Beliau menambah, anggota baru perlu bijak dan bersikap professional ketika berurusan dengan golongan sasar serta mempersiapkan diri dengan ilmu, saling menghormati ketua dan pemimpin atasan serta yakin dan sabar dalam penugasan.
Bersempena dengan majlis amanat Pengurus Besar KEJORA ini juga, anggota baharu telah melafazkan Ikrar Akujanji, Ikrar Perkhidmatan Awam serta Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selamat Bertugas buat semua Warga Kerja KEJORA.