PANTAI TANJUNG BALAU – UTILITI SAKIT ATAU MENTALITI SAKIT?

Kerja-kerja naik taraf yang baru selesai dijalankan oleh pihak KEJORA telah menjadi mangsa vandalisme oleh segelintir pengunjung yang datang ke Pantai Tanjung Balau.
Salah laku merosakkan harta benda awam dengan niat atau dikenali sebagai ‘Vandalisme’ bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menyusahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik. Perbuatan tidak bermoral ini juga menuntut perbelanjaan yang besar untuk membaiki pelbagai kemudahan awam yang sering menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab ini.
Marilah kita memupuk nilai-nilai murni untuk bersama-sama bertanggungjawab menjaga dan memelihara harta benda awam.
‘Harta Awam Tanggungjawab Kita Bersama’
‘Vandalisme Bukan Budaya Kita’