PENGGAMBARAN TRAVELOGUE “PERMATA WILAYAH KEJORA”
Pada 14 – 20 Mac 2023, Bahagian Pelancongan KEJORA telah melaksanakan dengan jayanya satu sesi penggambaran video Travelogue berjudul “PERMATA WILAYAH KEJORA” yang melibatkan video dokumentari, Vlog 5 episod bersama Hos Jemputan dan 10 kapsul montaj.
Projek penggambaran yang mengambil masa selama 6 hari ini meliputi lokasi-lokasi produk pelancongan KEJORA seperti Tanjung Sedili, Tanjung Balau, Pulau Tanjung Surat, Kg. Johor Lama, Kg Mawai, Tanjung Serindit, Tanjung Punggai dan beberapa lokasi pelancongan sokongan sekitar Wilayah KEJORA. Penghasilan video ini akan mengandungi segala keunikan produk pelancongan dari segi makanan tradisi, aktiviti menarik dan juga kehebatan sejarah budaya dan warisan yang terdapat dalam wilayah KEJORA.
Semoga dengan penghasilan video pelancongan ini akan dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kewujudan produk pelancongan KEJORA, meningkatkan kedatangan pengunjung ke wilayah KEJORA dan sekaligus meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar.
Nantikan kemunculan video promosi produk pelancongan KEJORA.