PENGURUS BESAR KEJORA SEMPURNAKAN PROGRAM KHATAN PERDANA WILAYAH KEJORA TAHUN 2024

BANDAR TENGGARA, 17 Februari – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil pada hari ini telah menyempurnakan Program Khatan Perdana Wilayah KEJORA di Dewan Tenggara.
Program berkhatan beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat. Pada tahun ini, lebih dari 100 peserta telah berdaftar untuk program ini yang merangkumi peserta dari Wilayah KEJORA terutama dari golongan B40. Program berkhatan kali ini dimulakan dengan taklimat kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Doa Selamat, perarakan peserta serta proses bersiram yang diketuai oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil..
Program ini juga merupakan program jalinan kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Wilayah KEJORA, Masjid Al-Husna Bandar Tenggara, Persatuan Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Tenggara serta BOMBA Bandar Tenggara
.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Khatan Perdana Wilayah KEJORA tahun 2024.
Sabda Baginda SAW:
“Fitrah ada lima perkara atau lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, memotong bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.” Riwayat al-Bukhari (5889)